Visi
Pusat Sumber Sekolah Penjana Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Pendidikan menjelang 2011

Misi
Memperkasakan Teknologi Pendidikan dalam Kalangan Pendidik bagi Meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat
1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah iaitu pencapaian yang cemerlang dari segi keilmuan, tingkah laku, sikap, peranan positif dalam masyarakat.

2. Membentuk profesion pergurusan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru n supaya mereka memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. Jadi amatlah penting jika semua sifat dan sikap ini diperkembangkan dalam kalangan guru-guru dengan mendampingi dirinya dengan Pusat Sumber Sekolah, barulah mereka boleh memimpin.

3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik dan berdisplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka menamatkan persekolahan dan balik ke pangkuan masyarakat. Pelajar-pelajar sebagai pemimpin masa depan dan harapan negara seharusnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan.

4. Menawarkan segala kemudahan-kemudahan dan maklumat yang diperlukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Objektif
1. Mengumpul, menyimpan dan mengedar barbagai-bagai maklumat. Dunia sekarang adalah dunia maklumat. Apabila guru hendak mengajar, ia mesti mempunyai maklumat. Maklumat-maklumat yang dikumpul dan disimpan oleh Pusat Sumber Sekolah adalah berbagai-bagai jenis dan bentuknya seperti bahan-bahan cetak dan bahan-bahan bukan bercetak. Penyampaian maklumat pula dapat diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk seperti buku-buku, majalah, risalah, cd dan sebagainya.

2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Koleksi Pusat Sumber Sekolah lengkap dan kemas kini. Setelah menggunakan Pusat Sumber Sekolah guru dan pelajar-pelajar mesti ada perubahan perlakuan. Maklumat-maklumat yang disampaikan mestilah yang mencabar minda dan imaginasi yang merangkumi aspek kognitif, afeletif dan psikomotor.

3. Menawarkan khidmat runding dan nasihat.
Khidmat runding dan nasihat ini hendak ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Perkhidmatan ini diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temu bual, dialog dan sebagainya. Tujuannya, mempertingkatkan produktiviti profesion perguruan.

4. Membina program-program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Sumber Sekolah menghasilkan bahan-bahan pendidikan yang tidak dapat dibeli di pasaran. Bengkel atau pertandingan boleh dianjurkan misalnya membuat transperansi OHP, persembahan power point. Dengan cara ini Pusat Sumber Sekolah dapat membantu guru mengurangkan kos pembelian alat-alat Bantu mengajar dan melatih guru-guru lebih bersikap professional.



No posts.
No posts.
Powered By Blogger